Rencana yang tertulis di lauh mahpud


Sesudah kita mengerti syariat dan tariqat, maka
barulah kita dapat mempelajari suatu lapangan
ilmu yang boleh dikata pelik bagi kebiasaan umat
manusia yang terdapat didalam tasauf iaitu yang
dinamakan hakikat, Ilmu untuk mengenal sesuatu
dengan sesungguhnya, siapa manusia itu dan siapa
yang menjadikannya, demikian juga siapa siapa
yang mencipta sekelian itu.
Jadi dimulai dari dunia kecil atau peribadi
manusia, berpindah kepada alam yang besar, iaitu
dunia dengan segala susunan bulan, matahari dan
selama tiga atau tujuh hari berturut – t
berfikir, bagaimana terjadinya semua itu dan
siapa Penciptanya. Memasuki lapangan filasafat
yang pelik dan penting itu ertinya memasukki
mempelajari Ilmu Hakikat dan ma’rifat yang
tujuannya untuk mengetahui sesuatu dengan
sesungguh-sungguhnya.
Orang tasauf meringkaskan jalan pengetahuan ini

Seseorang itu tidak mudah mengenal dirinya, ia
lebih mudah mewngenal diri orang lain, kerana
beberapa sifat yang terdapat pada manusia
menghalangi dia mengetahui, siapa ia dan apa ia
keluarganya.
© Orang yang menuliskan Asma Allah ini dan
untuk mencapai maksud rersebut, tetapi tidak
selamanya pengetahuan itu dapat membawanya
kepada hakikat atau kebenaran. Lalu terjadilah
beberapa macam jalan atau tariqat seperti jalan
yang ditempuh oleh ahli filasafat, jalan yang
ditempuh oleh ahli mantiq atau logic, jalan yang
ditempuh oleh ahli akhlak, dan sebagainya. Orang
tasauf mengutamakan suatu jalan tertentu, yang
mereka namakan tariqatus sufiyah, tariqat Sufi
yang terdiri daripada latihan-latihan ibadat,
sebagaimana yang diperintahkan dalam agama.
Al Imam Al Ghazali berpendapat, bahawa hakikat
itu tidak dapat dipelajari dengan ilmu
pengetahuan saja, dengan tidak ada latihan, hakikat
itu tidak dapat dicapai .Seseorang yang ingin
mencintai tuhan itu, tetapi biasanya kecintaan itu
belum meresap dalam dirinya, ia belum yakin
dalam eerti kata yang sesungguhnya, fikirannya
masih penuh dengan syak wasangka. Tetapi jika
dia melakukan riadah , menjalani aturan-aturan
yang diwajibkan kepadanya dalam tariqat, baik
mengenai latihan badan, maupun mengenai
latihan jiwa dan berfikir, biasanya hal itu lebih
melekaskan atau mempercepatkan dia mencapai
maksudnya.
Al Ghazali menerangkan, bahawa Ilmu itu tidaklah
semudah itu untuk mencapai hakikat, kerana
hakikat itu keluar dari dalam hati. Sekali hakikat
itu datang terang dan jelas didalam hati, seakan-
akan dicampakkan kedalamnya dengan tidak
diketahui, sekali ia di perolehi, dengan jalan
penyelidikan dan mempelajari dalil-dalilnya
Hakikat yang diperolehi tidak dengan usaha itu
dipanggil Ilham , manakala yang diperolehi dengan
mempelajari alasan dan penyelidikan disebut
I’tibar dan Istibsar .
Yang diperolehi dalam hati dengan tidak bersusah
payah dan bersungguh-sungguh mencarinya dan
dibahagi atas dua bahagian, pertama tidak
diketahui darimana dan bagaimana datangnya,
hanya dengan tiba-tiba sudah jelas dalam hatinya,
disebut Ilham, dan kedua diperolehi dengan tiba-
tiba daripada hakikat itu biasanya diperolehi pada
diri Auliya’ dan Asfiya’ sedang hakikat yang
diperolehi dengan usaha yang dipelajari dari
alasan dan penyelidikan hanya dapat dicapai oleh
Ulama-ulama.
Tiap-tiap sesuatu,baik benda dan keadaan, ada
hakikatnya yang sudah ditakdirkan pada azalinya
oleh Tuhan, sudah tertulis pada Luh Mahfuz tidak
diketahui oleh manusia, tertutup atau lebih tepat
dinamakan dengan istilah Sufi terdinding oleh
hijab, yang menghalangi manusia tidak dapat
melihatnya. Sebagaimana manusia tidak dapat
mengetahui perasaan atau sesuatu urat yang
terkandung dalam hati manusia lain, begitu
jugalah hakikat sesuatu yang tertulis pada Luh
Mahfuz, yang menentukan perjalanan alam ini
tidaklah dapat diketahui oleh manusia biasa
kerana antara matanya dan Luh Mahfuz Tuhan,
terhijab dan tertutup. Manusia hanya dapat
meraba-raba dengan ilmunya, dan meneka dengan
fikirannya dan akalnya yang sederhana,
bagaimana duduknya sesuatu perkara dalam alam
ni. Al Ghazali menerangkan bahawa hatilah yang
dapat mencapai hakikat sebagaimana yang tertulis
pada Luh Mahfuz itu, iaitu hati yang sudah bersih
dan murni.
Memang kadang-kadang hijab antara hati dan Luh
Mahfuz itu dapat dihilangkan dengan uisaha
anggota badan dan pancaindera yang diasah dan
dilatih, tetapi juga, kadang-kadang diluar usaha
manusia , hijab itu terbuka kerana tiupan bisikan
Sufi, yang dinamakan oleh Al Ghazali: “ Riyahul
altaf ”.
Maka ketika itu terbukalah hijab yang menutup
mata hati dan ketika itu jelas dan teranglah semua
kepada orang yang berkepentingan apa yang
tertulis diatas Luh Mahfuz itu. Tetapai ada juga
hijab itu terbuka pada waktu tidur, orang yang
berkepentingan itu dapat melihat hal-hal yang
akan terjadi dimasa yang akan datang. Hijab itu
seluruhnya akan terangkat bagi seorang manusia
apabila dia mati. Dan tutup hijab itu akan
terangkat pada watu terjaga diangkatkan oleh
Tuhan maka terpancarlah cahaya dalam hati
disebalik selubung rahsia yang merupakan suatu
Ilmu yang memelikkan(menghairankan-ajaib)
yang tidak mudah didapati. Kadang –kadang
meletus cahaya itu semacam petir, dan adakalanya
datang berturut-turut secara lemah longlai.
Inilah gambaran pokok-pokok ma’rifat Sufi,
keistimewaan Para ulama dan ambiya’. Ulama
menghilangkan hijab itu dengan usaha dan
kegiatannya. Manakala para Ambiya’ dan Auliya’
tidak menghilangkan hijab itu dengan mempelajari
dan menyelidiki atau diusahakannya dengan
kegiatan tetapi ditiupi kedalam hatinya oleh,
“ Riyahul altaf ”, yang menyemburkan cahaya suci
yang dapat mengangkat hijab serta dapat melihat apa
yang tertulis diatas Luh Mahfuz.
Apabila semua ini kita ketahui, maka tidaklah
menghairankan bagi kita kenapa orang-orang Sufi
itu lebih cenderung kepada ilmu ilhamiyah
daripada ilmu ta’limiyah . Mereka tidak ingin
bersusah payah untuk mempelajari ilmu yang
dikarang oleh manusia, dikupas dan diulas dalam
jilid –jilid kitab yang tebal. Mereka lebih
cenderung kepada keinginan menempuh jalan atau
tariqat yang merupakan pendahuluan mujahadah
melenyapkan pada dirinya sifat-sifat yang tercela,
memutuskan segala bentuk hubungan yang dapat
merugikan kesucian dirinya serta mempersiapkan
diri untuk menerima pancaran Nur Tuhan itu.
Tidak mustahil ianya tidak berhasil , kerana Tuhan
Maha Kaya terhadap hambaNya, dan Tuhan
adalah sumber daripada segala cahaya dan ilmu
itu. Apabila Tuhan telah menembusi hati
hambaNya dengan nur dan cahayaNya, berlimpah
ruahlah Rahmat. Hati hambaNya bercahaya terang
benderang, dadanya terbuka luas dan lapang,
terangkatlah tabir rahsia malakut dengan kurnia
Rahmat itu dan tatkala itu jelaslah segala hakikat
ketuhanan yang selama ini tersembunyi.
Al Ghazali meneruskan, bahawa tidak ada yang
dikerjakan oleh seorang hamba kecuali
mempersiapkan dirinya dengan kesucian yang
murni , menyediakan himmahnya dengan kehendak
yang benar, dan menanti dengan tenang akan
segala rahmatNya .
Sungguh bagi Nabi-Nabi dan Wali-Wali terbukalah
apa yang tertutup, jelaslah apa yang tersembunyi,
kedalam dadanya berlimpah nur dan cahaya, tidak
dengan bertekun dan belajar, tidak dengan
membolakbalikkan buku-buku yang bertimbun,
tetapi dengan zuhud didalam dunia, dengan
melepaskan hubungan yang tidak perlu dan
merugikan, mengosongkan hati dari segala
kebimbangannya, siap sedia menerima kurniaan
Allah yang akan tertumpah dan tercurah
kedalamnya, kerana barangsiapa yang
menyediakan dirinya untuk Allah,, Maka Allah itu,
tersedia baginya.
Hati itu mempunyai keanehan, ia terlepas dari
pengaruh pacaindera, bebas dari otak dan
pengajaran. Bahkan lebiih dari otak dan
pengajaran, acapkali tiap hal perkara yang tidak
sanggup difikirkan otak, terlintas dalam hati
dengan jelas..
Barangkali suatu perumpamaan lebih menjelaskan
kedudukan persoalan ini:
Kita gali sebuah tebat, kita alirkan kedalam air
dari tempat lain melalui saluran. Memang dengan
usaha sedemikian tebat itu akan terisi, tetapi ianya
terbatas, sebanyak air yang mengalir melalui
saluran itu. Jika air dalam tebat itu terpancar dari
dalam tanah, nescaya ia merupakan isi tebat yang
tidak akan kering dan inilah Ilmu yang
diusahakan dari luar, melalui pancaindera sumber
mata air yang tidak akan kering.
Semua hakikat benda dan keadaan tertulis diatas
luh Mahfuiz tetapi juga tergambar dihati malaikat
yang suci. Sebagaimana seorang ahli bangunan
melukiskan rencananya diatas selembar denah,
yang kemudian dilaksanakannya demikian juga
Pencipta langit dan Bumi ini melukis rencananya
diatas Luh Mahfuz. Satu demi satuperincian, yang
kemudian diwujudkan sesuai dengan denah
Ketuhanan itu. Maka terjadilah alam itu dalam
empat tingkat, ujudnya dalam Luh Mahfuz,
weujudnya yang hakiki sebagaimana yang
terklaksana, wujud khayati debagtaiaman yang
dsapat diterka dan wujud akli sebagaimana yang
dapat difikirkan dan terlintas dalam hati. Makin
suci seseorang manusia, makin dekat ia kepada
alam malakut dan makin dekat ia kepada hakikat
yang sebenarnya. Makin dekat sesorang hamba
kepada alam nasut , yang penuh dengan alam
khayal belaka atau ilmu yang diraba-raba dengan
pancaindera, maka makin jauhlah ia daripada
hakikat dan rencana Tuhan yang sebenarnya, iaitu
rencana sebagaimana yang tertulis pada azal atau
Luh Mahfuz

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Temu Kangen Alias Reunian SMA Cimindi

Amalan Anak Kunci Pembuka Khasanah Langit dan Bumi

KEBUN TEH PANGHEOTAN CIKALONG WETAN