Amalan Anak Kunci Pembuka Khasanah Langit dan Bumi

AMALAN ANAK KUNCI PEMBUKA
KHAZANAH LANGIT DAN BUMI
OLEH : Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti
Firman Allah : Ibrahim : 14
Jika kamu menghitung Nikmat Allah, tidaklah dapat kamu
menghitungnya.
Firman Allah : Maksud
Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, sungguh akan
Kami tunjukkan kepada mereka Jalan Jalan Kami.
Amalan yang saya paparkan ini boleh dilakukan dengan
mudah oleh setiap orang.

BACAAN PEMBUKAAN
Sebelum amalan dimulakan maka hendaklah dibaca ayat
dibawah supaya kesannya lebih kuat dan dapat pula
membuka pintu lautan rahmat dan keberkatan daripada
Allah .Insya Allah.



La Ilaha Illallah . Muhammadun Rasulullah
Bacaan ini dibaca sekali sebelum mengamalkan sebarang
amalan kesufian agar pengaruh yang jahat tidak dapat masuk.
Baik juga disertakan bacaan yang dapat menghindarkan
syaitan ( saperti dibawah )
A’udhu bi Llahi min asy syaitanir – rajim
Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang
orang sufi namun ada beberapa formula yang tertentu yang
lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD
AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA
KHAZANAH LANGIT & BUMI.
Meskipun khas untuk mnyembuhkan penyakit / mengelakkan
penyakit – faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada
penyakit badan tetapi juga untuk penyakit lain.
BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL
SAW
Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda
Rasul menjawab :-
Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum
pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu
adalah yang berikut :-
La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru
Wal baa tinu yuhyi wa yumitu
Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu
Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir.
Yang bermaksud :-
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.
FAEDAH FAEDAHNYA
Sabda Nabi kepada Uthman :-
Wahai Uthman , barangsiapa membacanya 100 kali sehari,
akan dikurnia 10 faedah.
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni
Kedua , terlepas dari siksa neraka
Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada
penyakit
Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat
Kelima, mendapat pahala spt pahala membebaskan 100 orang
hamba
Keenam, mendapat pahala spt membaca seluruh Al-Quran,
Injil, Zabur & Taurat
Ketujuh, mendapat rumah disyurga
Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga
Kesembilan, dia akan dipermuliakan
Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya
akan dimakbulkan
Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa
membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam
golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang
orang sebelum kamu dan selepas kamu.
CERITA KEJAYAAN – SUFI DARI PAKISTAN
Seorang sufi zaman ini, ABU ANIS BARKAT ALI dari Darul
Ehsan , Pakistan telah mencapai kedudukan yang tinggi dan
unik dikalangan orang orang yang membaca wirid atau
formula yang hebat ini.
Beliau mendirikan sebuah papan-tanda yang besar dipintu
masuk ke-bangunan tempat ibadahnya dan yang ditulis pada
papan tanda itu ialah wirid atau formula ini.
Kehidupannya sendiri memperlihatkan pengaruh kesan bacaan
itu :-
Beliau menjadikan 10,000 orang hindu kasta rendah sebagai
anak angkat, memberikan mereka latihan dan pendidikan
hidup yang sempurna
Beliau menyelenggara sebuah bilik perubatan . Hingga
sekarang beliau telah mencelikkan 3,000 orang kurang daya
penglihatan dengan percuma.
Beliau telah menulis lebih 300 buah buku tentang Islam &
Sufi. Buku – buku ini diedar secara percuma. Pada kulit buku
terulis :-
Buku ini ditulis untuk bacaan kita semua, bukan untuk jualan.
Buku ini telah dijual kepada DIA dan demi untuk DIA jualah
buku ini ditulis.
DIBACA 21 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT
Bacaan ini boleh juga dibaca 21 kali setiap selepas solat. Ia
akan memakan masa l.k 3 – 4 minit sahaja. Amalkanlah.
WIRID INI JUGA DIBACA OLEH SUFI BESAR HAZRAT
KHWAJA MU’INUDDIN CHISTI DIMALAM IANYA KEMBALI......
Pada malam Rejab 633 Hijrah sufi ini saperti biasa masuk
ketempat khalwatnya selepas solat Isya. Beliau menutup pintu
bilik itu dan memulakan amalannya.
Bacaan wirid inilah yang dibacanya tanpa henti. Beliau
memberitahu murid muridnya jangan mengganggunya pada
malam itu. Murid murid beliau berada jauh sedikit dari bilik
khalwat guru mereka itu tetapi mereka mendengar bunyi
bacaan yang luar biasa. Sampai subuh barulah bunyi bacaan
itu berhenti tetapi Tuan Syeikh tidak keluar dari biliknya.
Akhirnya setelah lama menunggu mereka membuka pintu,
alangkah terperanjatnya mereka Sheikh besar itu telah
meninggal dunia. Ayat ayat berikut kelihatan bersinar pada
dahinya :-
Hadha Habibullah
Mata fi hubbillah
Inilah Kekasih Allah
Mati Dalam Cinta Allah.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Temu Kangen Alias Reunian SMA Cimindi

KEBUN TEH PANGHEOTAN CIKALONG WETAN